Tuesday, August 3, 2010
~Hanya aku Faham~
hati bagai berkocak
ke kiri tak faham...
ke kanan tak tahu..
aku tetap begitu..
bertanya pada yang tak pasti..
berpegang dahan yang rapuh
berharap ketenangan
cuba bertahan
kutemu dia,
sepi...........
kutemu yang lain,
sendiri..............
hati tak indah,
mata berat melihat arah,
kadang berkaca............
penat berjalan,
aku merangkak,
penat berlari,
aku menari,
agar takkan sendiri
walau tak paham,
ku terus....
perjuangan ini menongkah arus
jalan keliling bagai berpusing
benci pada diri!!!!
cakap macam keling!!
Janji macam Melayu!!
berkata sesuatu pada ketentuan yang ku mahu tuju
Tak siapa tahu hati berbisik
dalam diri aku memekik
terapkan selamba
muka ku toya
badan ku perit
bagai mengheret
nak tanya ku segan
patut ku tahu apa dilakukan
nak hati buat pandai
realiti bodoh
ku cuba sekali, ku jatuh
sekali lagi masih tak butuh
ku punya kuasa sampai mana?
ku tanya diri tak punya apa
yang baca tak paham
hanya diri mengerti
tak perlu cuba memeningkan diri
bebelan hati untuk hati
mencari damai yang tak ditemui
Tuesday, June 15, 2010
Soalan Bocor tapi belum tentu terjawab!
“ Mata selalu memandang,
Telinga selalu mendengar,
mulut selalu berkata,
dan hati selalu terdetik,
Tapi semuanya jarang pada jalanmu...
Sering aku menghafal.. TAPI TAK LEKAT
Sering aku berkata.. TAPI PELAT
Sering aku baca.. TAPI TAK KUAT
sering Aku dengar..TAPI TAK INGAT
Semua kerana TAKUTKAN NYAWA DIANGKAT”
Soalannya mudah tapi belum tentu aku mampu menjawabnya dan selalu aku fikirkan...
Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.
Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.
Tersenyum aku memikirkan indah SYUGAMU ALLAH,
Terkedu aku memikirkan PEMBALASANMU YA ALLAH,
Mengalir air mataku teringatkan Dosa ku Ya ALLAH,
Moga Nanti akan Terjawab persoalan itu~
Salam Jumaat Para Sahabat~
Friday, March 27, 2009
3 days to forever
3hari untuk selamanya...detik detik didalamnya....
berlalu dan untuk diingati..
apa terjadi buat kenangan abadi
masa berlalu...
bagai mimpi...
terwujud perasaan didalam hati....
hasrad untuk memiliki...
tersemat dihati dan kekal disini...
perkara yang biasa berlaku..
perasaan datang dan pergi...
dan....
setengahnya perlu disimpan karena waktu dan keadaan..
meninggalkan kesan dalam diri...
walau diri tiada tertahan..
Meluahkannya....
Perasaan itu indah..
namun bukan kata jawapannya..
hanya kenangan disimpan bagai hadiah
bagi mengingati yang terjadi dengannya...
kadang teringat saat bersama
namun sekarang bukan waktunya...
lewat sudah..
3 hari untuk selamanya...
(nonton 3 hari untuk selamanya...ceritanya yah okie since i love the movie which is plain n yet giving me rooms for imagination and made me belive that atleast that im not the one who face those kinda thing in life... gue tu mungkin dikit menjiwainya.. mengait kisah hidup.. yang dihitung sekian lamanya.. namun pertemuan diwaktu yang salah walau perasaan tetap.. cumain tidak diluahkan...)
perasaan memang begitu umpama yang dinyata... Its now or never.. simple as that... doesn't matter.. Bego kek Jomblo kek.. sama semuanya.. setiap manusia itu ada masanya dan cuma pada masa itu....dan selalunya kita memilih untuk menyimpan dan melepas peluang yang tak mungkin akan datang... Terus tersimpan sebagai rahsia "Dear Diary" yang mungkin akan terbuka satu masa yang tidak pasti...
(*terima kasih Indonesia bagi cerita dan lagu yang asyik........ Nyamannnnnn~)
Saturday, November 8, 2008
aku cuba untuk tidak menjadi lelaki begitu
- mementingkan diri sendiri
- mempermainkan perasaan orang lain
- kata-kata palsu
aku memang cuba untuk tidak memainkan perasaan orang... dan selalunya sebab itu "rindu" cuma dibalas dengan "........" sepi tanpa kata-kata.. cuba menjaga hati... tetapi aku paham.. "..." bukan jawapan ..ia lebih kepada melarikan diri... hmmm NAK KATA APA???? "i dont feeeeel it??" "THATS NOT WHAT I THINK.." hmm kejam?? sebab itu kadanglala... SILENT IS BETTER then anything~ sambil mengamalkan konsep untuk tidak menjadi lelaki lain... tapi macam mana?? THERE IS NO EASY WAY ON SAYING THIS KIND OF THINGS!!!! kadangkala aku terpikir.. perasaan sapa yang sedang dipermainkan?? diri sendiri??? orang lain??? watak mana yang lebih penting?? diri ini?? atau sekeliling?? nak menjaga peraasaaan orang lain dimana diri sendiri dipermainkan?? cuba berlaku adil?? tetapi.. aku tidak kepada diri sendiri??namun bila memikirkan.... aku cuma mempermainkan diri sendiri.. jarang aku memikirkan kemahuanku.. JARANG AKU PENUHI... hmmm aku cuba... mengadili diri sendiri... "LILIN MEMBAKAR DIRI" itu manusia.. apa yang baik dimata mereka tidak pasti kepada yang lain... pemandangan dari sisi yang berbeza melahirkan pelbagai pandangan... AKU CUBA UNTUK TIDAK MENJADI LELAKI BEGITU!! ~sigh~
kata-kata palsu.. melayan terpaksa.. melakukan perbuatan yang tida mahu dilakukan..memberi alasan bagi menipu diri sendiri..hmmmm "LELAKI SEMUANYA SAMA" STEREOTYPE wanita menjadikan aku cuba untuk tidak begitu... pengalaman manusia disekeliling... penipuan kaum ADAM.. derita wanita... bahan bacaaan... kisah cerita cinta.... hmmmmm baik aku menipu diri dari mereka...lelaki selalunya penuh beribu alasan... bagi menjaga hati... PERCAYALAH.... "DALAM SETANDAN PISANG TAK SEMUANYA BAIK" dan jangan lupa bahawa tak semuanya busuk~ didalam keburukkan sesuatu perkara.. pasti ada baiknya... begitu juga manusia... aku cuba.. tapi selalu gagal... hmmmmmmmmmmm... AKU CUBA TIDAK MENJADI LELAKI BEGITU!!walau apa sekali...KITA MEMERLUKAN PERMULAAN... begitulah.. hidup... tak semuanya indah.. dengan memperbaikinya... mungkin menyakitkan yang lain... meninggalkan semuanya di belakang.. namun mungkin masih ada yang menunggu... jalan yang lurus mungkin dilihar berliku... pandangan kabur...berpaut pada dahan yang rapuh... mengharap pada bintang...... namun aku cuba...UNTUK TIDAK MENJADI LELAKI BEGITU.. namun kadang aku tergelincir.......
~sigh~
Tuesday, October 28, 2008
aku - hacks - final
Wednesday, September 17, 2008
INI AKU PUNYA PASAL..KUBUR LAIN LAIN
kalau kita mati…. Kita ni…tetap memerlukan orang bagi melalukan kerja bagi kita sampai kita masok ke kubur tu…..soo in away.. kita tetap menysahkkan orang lain… what if orang surau ke… tukang gali kubur ke kata “itu kau punye pasal laa nk mati.. korek aa sendiri… tanam sendiri… mandi sendiri.. kapan sendiri… itu kan diri kau.. itu kan kubur kau…” hmmmmmm??
Kita manusia tidak boleh hidup berseorangan dalam dunia ni… kita memerlukan orang sekeliling kerana itu tuhan mencipta Hawa bagi NabiAdam a.s.. oleh itu kita manusia yang lemah... memerlukan keluarga dan kawan bagi menjalankan kerja dan meneruskan kehidupan seharian…oleh itu.. kawan kawan... Kenapa perlu angkuh???Jangan ikutkan hati…. Ia Cuma membawa kerugiaan bagi manusia itu sendiri.. Cuma kita perlu ingat… “orang sekeliling mengambil tahu apa yang dilakukan kerana mereka sayangkan kita…
Sedarlah semua.. walau kubur lain lain… saham dunia dan akhirat itu dikongsi bersama diantara kita sesame manusia… segala dosa yang dilakukan kawan kawan atau saudara mara…. Adalah dosa kita kerana tidak menasihatkan…kita umpama membenarkan benda yang salah… Cuma sekadar renungan bagi semua dan mengingatkan bagi mereka yang terlupa…Insyaallah~
Tuesday, September 9, 2008
Ayat-ayat Cinta
last few days... melayan perasaan tgk Ayat2 chenta.. tersentuh jiwa..i i could find one.. Aishah?? its not just becoz she's pretty but the whole package that Aishah brings.. akhirnya aku pon meng influence si "budak sakit" and saleh to watch the movie.. hehehe terjebak mereka lantas menagkap jantung~!!Tuesday, September 2, 2008
The way i see things
how love can be soo funny.. hmmm how can slight things change the whole story.. how people actually will really effect the way u think n how u feel.... What actions that u will take..??? there's a lot of ways in solving, but for some reason u will always start with choosing the wrong direction.. n after that you got to fix it back.. Its weird when we think that how bad you really want to have someone when ever you don't have any.. and how hard you will try to find ways to leave them it as soon as u got it..
dearest friends.... i'm cool wit them... every single each one of them.. backstabber,close fwen.. friends... hmm cause i believe that there's always a reason fer everything.. and that is why people act wierd, stupid n crazy over something.... thats why i didn't really care what people do/does. its how people will react differently to fullfill thier desire... soo.. i always 2 give them times think back on what they done rather then responding..
family... how i love all of u.. its too obvious that we need this to survive in this world. it will always be the first things to back us up no matter what .. even if the world is against u...with the power of this particular things.. we surely may survive.. how i cant act stupid in front of all of you.. i just hide what i actually feel.. if only i can show how much i love.... how sumtime i really want 2 cry when you'll not around.. how i mis every one of u most of the time... how im hopeless without one of you.. even we know that everyone got their own path..but i still hope it willl last..
Me.. hmmm..me = stupid.. hmmm.. complicated... to hard to handle... a person who always try his best 2 help other people but not his ownself.. love to hide own emotion... a type who always think too much for other.. love to watch when actually he know that something can always be done.. try not 2 interupt in somone life..cuz affraid of doin it wrongly... love to be a listener for any kinda problem.. type who always try 2 think before sayin anythin.. try to please everybody even most of the times i fail..
i just how i feels n the way i see that things~ n yet i knw it may be different from the way Ya'll see things...
(edited from my ol 'weird contengan few years back )
Sunday, August 17, 2008
Renungan
Manusia telah tertulis... halal dan haram... yang boleh dan yang tidak boleh.... mahupun terdapat yang makhruh dan cuma sunat...
terdapat banyak batas2 didalam pergaulan yang serin dilanggar oleh sesama manusia.. walau kita tahu akan dosa.... akan neraka....
kadangkala lawak... wanita yang berselendang ke Masjid.. surau atas sebab sebab urusan keagamaan... asasnya tertulis aurat... batas bagi segala perilaku manusia... namun kita abaikan.. dengan alasan belum bersedia... dengan alasan tidak mahu menjadi seperti wanita lain yang gayanya sopan tapi tidak dalamannya... kita suka menjadi manusia yang membezakan dan membandingkan...
kadang lawak apabila kita melihat lelaki berseluar tight bersukan ... namun pada agama dan auratnya seharusnya begitu.. kita lebih selesa berseluar pendek.. mendedah dan terbuka... mungkin hasil ideologi barat yang memesongkan dan mencetus idea hebat meracun diri....
norma manusia... sering mentertawakan benda yang dianggap benar bagi mereka dan tidak pada pegangannya.... kita lebih lalai dengan dunia..
kia berbincang tentang agama... tetapi kita lupa dan leka...
kita berbincang tentang agama tapi kita membiarkan diri terus lara....
kita berbincang tentang agama.. namun kita dibarisan depan memaling kan muka...
kita berbincang tentang agama namun akhirnya kita yang melakukannya..
Thursday, June 5, 2008
Kepingan Hati
Lalu ku ikat di sebatang dahan yang kukuh...
Walau ku akan hanyut berkali-kali...
Kuharap perinsip dan agama ku tetap utuh...
Kutanam dahan ditepi sungai....
Agar tidak hanyut ke lautan luas..
Ku ikat kemas agar tidak terurai..
Kupegang teguh agar tak lemas di dunia buas..
Kucuba mengawal diri..
Namun ku kalah godaan dunia...
Ku akhirnya kesal sendiri...
Walaupun ia tidak berguna...
Kesedaran hadir didalam diri...
Terbit dari hati yang bertitik hitam..
Kucuba mengubah hidupku berkali-kali..
Namun serunya mungkin masih tak datang.......
Cuba mengubah pendirian..
Menyatukan yang penting dan yg khayalan..
Ianya bagi mengelak diriku dari penyesalan...
Di hari muka atau pengadilan...
Percaturan dunia tidak semuanya mudah terungkai..
Kepingan-kepingan hidup tak segalanya datang sekali..
Ku akan bersabar hingga semuanya sampai...
Kerana ku yakin kebahagian akan hadir padaku PASTI....
--<@ sick @>--
-faizal-
Tuesday, June 3, 2008
melupakan kisah silam...

semalam.... sewaktu sedang mamai-mamai.. aku telah terdelete everything in my yahoo inbox... hmmmmm banyak bende dalam tu yg aku sayang~ just a simple click .. "aku membuang memori suka duka lama............."
dalam inbox.... banyak gila.. msged daripade org aku knal.. x knal.. heheh.. dulu kecik2 aku ske sght main chatting~ sooo aku pon mengenali beberape kawan cyber~ sampai ade yg jadi baik..a de yg macam aku boleh cerita ape2 smua aa.... huih~dlm inbox tu pon banyak jugak bende2 org forward.. yg best2... kawan2 aku yg aku rapat.......memacam aa.... email2 yg aku simpan... da lamaa a... e-mail ni dari aku skola... adehhhh..
tapi nk buat macam mana... mungkin aku takda rezeki nk menyimpannya dan membaca di masa depan... tapi.. AKU MENYESAL membukak internet diwaktu mengantuk~ hmmmmm... what 2 do.. kebanyakkan orang yg sent e-mail dkt aku pon.. ade yg aku da xknal.. ade yg aku tak pernah knal.. ade yg aku bwat-bwat tak knal.. tapi.. bila ku pikir-pikir... macam sedey plak... ish~
sekarang ni.. mane ade orang nk main hantar e-mail macam dulu... time aku skola-skola... around darjah 6 sampai form 3... rajin org menghantar email.... but since adenye friendster.. myspace...now ni da ade ape2 tah lagi..semuanya hanya tinggal kenangan... itu yg aku macam rindu... skarang e-mail yg dterima.. smua friendster update... birthday reminder...tah pape je lagi.. borink...haih!
sekarang... terpaksalaa aku meneruskan kehidupan tanpa dapat mengingati masa lampau dimana aku pernah bermsg2 mengunakan e-mail... WAAAaaaaAAaaAAaaa.....
Wednesday, May 21, 2008
different direction~

Utara dan selatan… dua arah yg berbeza. Membawa haluan yang mungkin akan bertemu di akhirnya…. Mungkin~ tetapi kebanyakkan manusia akan terpesong dan terus berputar melintasinya tanpa sedar….
Perubahan mengubah sebuah pengakhiran.. mengubah jalan-jalan kehidupan... Perubahan memecahkan sesuatu ikatan... perubahan mengubah sebuah keputusan.. dan perubahan menjadikan sebuah kisah masa depan...
BERALIH ARAH... kearah yg baru… bagi mencari pengertian hidup… mencari bagi mengisi kekosongan dalam diri… menampal ruang-ruang yang rompong…dan yg dirasanya patut dan perlu…….MUNGKIN…
Selalunya kita rasakan perubahan itu perlu~ namun kadangkala.. ada yang hanya perlu dikekalkan begitu… kadangkala dirasa perubahan itu penting… namun sebenarnya ia Cuma dilakukan dikala keadaan menjadi semakin genting… bukan untuk yg nyata. tetapi Cuma untuk melarikan diri dari kebenaran yg kadang tidak sanggup diterima…
Tanpa sedar.. manusia sering melakukan perubahan dalam diri… yg dirasakan elok.. mungkin tidak pada yg lain..namun..kita tetap berpegang padanya…Manusia selalu mengatakan perubahan itu pasti kearah kebaikkan….tetapi siapalah kita yang boleh menentukan sebuah pengakhiran sebuah kehidupan~