Thursday, May 28, 2009

Remote Astro

Percaya atau tidak… di rumah kamu itu.. sudah remote yang ke 10 atau lebih+++ nya....

Puncanya mudah:

1st: ehh knapa tak kluar ni tekan tekan tak jadi ape… ehhh ehhh (sambil mengetuk remote control di tapak tangan…) ALLLLOOOOO KAWAN..!! cuba kamu dihentak berkali2 mungkin sekali dua pasti okie.. selebihnya!! Sigh..

2nd: Oiii Tangkap ni remote.. aku nak pegi tandas… catch! (sambil melempar..) yakinlah bahawa dalam balingan sebanyak 10.. pasti ada 1 jatuh… tak kurang juga dengan yang menyeret remote sebagai tanda malas bangun… ingat pesan ini

“cukuplah kaki diseret2 (shuffle) dan bukan remote…"

3rd: Mana remote ni.. ish letak tah mana-mana!! Bengang betulla... orang nak tengok Astro Oasis ni!!(hahahhaha yeah rite) sambil menghempas diri atas sofa… Cuma mahu ingatkan… “bila tidak jumpa.. REMOTE ASTRO MUNGKIN dibawah sofa atau blakang kusyen… jadi JANGAN HEMPAS kerana kamu bukan ringan!!

4th: WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaa AWOK kalah!! Woooooo!! Takbest weeeii!! Aku nak awok!!!! Dush-dush dengan emosi dan menghempas bende .. Mungkin remote astro menjadi mangsa pertama kerana yang gila astro pasti menjaga remote sebagai King yang mengkontrol!

Ps- ini mungkin sebahagian… tapi pasti pelbagai cara lagi.. jadi, terserah loh~ gue sama cara gue.. loh teruskan dgn cara loh!

Tuesday, May 26, 2009

Semakin ramai..

Semakin lama semakin ramai… traffic makin bz… pergerakkan semakin perlahan… kadang terasa bagai JEBON!! Kadang terasa bagai Sueanna joe tak kurang bagai FYN!

“bila nak update blog ni??” atau “ure good writer” or “can I have ur email and ur link for ur blog”

Mungkinkah kerana terlalu asyik?? Mungkin terleka dgn alunan lagu?? Mungkin dengan promosi?? Mungkin kerana terlalu ramai berminat dgn diriku???

OHHH LALA!
Hot!!AUUMM AUUMM!!!

Atau ramai yang menganggur dan mencari tempat membunuh masa?? Mungkin ada yang mencari kelemahan ku .. mungkin ramai psycho dan stalker didunia…!!

Terima kasih!!! I think that IM BACK!! Bukan black (obviously im not racist) hahhahahahha

Monday, May 25, 2009

sarkas ???

its been a while since my last post~ i've tried few times to update my blog.. TATAPI..Menjadi Penganggur trainee merupakan lebih berat dari yang kusangkakan!! Melayan kawan kawan yang tak pernah puas dgn nafsu serakah untuk melepak merupakan cabaran utama… disamping melayan karenah internet yang slow… Selain itu… aku juga bz menjaga relation ku bersama Facebooker yang lain menambah kerja dan membebani diriku dari Update Blog…

kata kawanku.. “gemuk itu Funny” dimana wanita lebih gemar menjadikan kawan-kawan gemuk mereka sebagai tempat untuk melepas stress… ditumbuk.. dicubit..dipermainkan.. itulah bahan utama kewujudan mereka yg Gumuk didunia ini barangkali… jadiii… “ OPPPPS!!! KAU FUNNY BUT NOT MY TYPE.. TAPi AKU GEMBIRA BERSAMA MU”

Teringat aku lagu ini~
“Hey wanita hatiku telah kau curi dank u rela” (KRU –Oh La La)
tapi aku tahu .. kau takk rela..
tak mengapa!!!

kami sebagai sarkas bagi kamu mengubat kepedihan dan kekurangan diri… mungkin itu tanggapan mereka terhadap orang berbadan besar ini… menjadi playground dimana terdapat gajah bermain bola.. dan harimau berguling ditanah.. dengan ini mungkin memberi jawapan kepada masalah dilanda wanita dan lelaki…

kami juga sarkas dimana menaikkan self esteem bagi yang kurus ataupon yang kekurangan kehidupan (takda life)… tetapi aku pelik…"bagaimana yang besar ini juga pandai memainkan peranan sebagai pelawak dan sarkas… tanpa perlu diajar… yang besar selalunya pandai mengembirakan yang lain…" soo KUDOS to them as they know how to make a world a better place as the rest might has forget how to do so~

Mungkin aku perlu lukis muka dengan senyuman… dimana dalam senyuman terdapat kesedihan yang diselindung.. hmmmm kerana aku sarkas pada mereka dan aku tidak berkongsi perasaan lain kerana yang gemuk hanya FUNNY dan bukan serious…

Mungkin aku hanya sinis… atau aku lebih sarkastik dari sarkas dgn perbualan ku.. mungkin aku tidak bermaksud dgn kata-kata yang dilemparkan oleh aku.. Cuma aku sekadar ber metafora di sini…

All the GUMUK2 Keep Fighting!!!
(walau ada yang sudah lost hope...)

Thursday, May 7, 2009

Penganggur Trainee

Officially, aku seorang Trainee Penganggur. Ia sama dengan Management Trainee di mana mana Bank ataupun syarikat.

disini, aku training bagaimana membuat Strategic Planing bagi menjaga masa tanpa dibuang sia sia. Contohnya, pada hari ini sudah difikirkan tentang hari esok. Makan dimana, apa programnya, dan berapa ramai participant. Itu seperti juga Event Management di mana mana yang dapat dilihat di kota metropolitan kita.

Senior Penganggur trainee bair, mengatakan aku patut mula install DOTA dan Football Manager bagi mengasah Leadership skills dan managment with Critical thingking. disebalik ceritanya, terdapat kebenaran. Terdapat juga Soft Skills yang diterapkan didalam permainan itu.

Penganggur Trainee juga memberi peluang mengenali penduduk setempat dimana menjaga kawasan persekitaran dan tetangga dengan berjalan-jalan dan menjaga di kawasan taman mahupun perhentian bus.

Penganggur Trainee juga membuatkan anda lebih dekat dengan Tuhan, dimana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan mengelakkan anda seboleh-bolehnya meninggalkan sembahyang disamping melakukan perkara amal seperi tolong menolong yang amat bagus bagi pembentukkan insan.

Sekian Terima kasih,

Penganggur Trainee

Saturday, April 11, 2009

Sekola oh Sekolah!

harini. aku pergi sekolah nak amik handpone adek aku (sengal bawak pergi sekolah...) hmmm soo aku pon bagonlah pagi... sebab malas nak panas-panas bile dah tengah hari.....

sambil berjalan dengan muke mengantuk.... aku disuruhnya isi borang pelawat oleh pengawal.... takpe-takpe.. aku layankan... seronok jugak aku teringat zaman dulu-dulu time skola... lalu depan dewan tempat aku selalu lepak tgk bebudak bwat breakdance.... lalu kantin dimana aku makan nasik murah!! (nasi ayam sayur rm2.00) woah... aku gembira gile... plus aku nampak ade dinding tulis AKTIVITI ANTARABANGSA.. woah.. sekolah ni dah gempak ke?? pelik je.. hahah PROPAGANDA!!

aku terus pergi bilik guru... cari cikgu nak tanye arah tujuan hidop.... teros dia cakap "tingkat atas terus jee (dengan muke kerek)" aku pon jalan dengan gembira.... lalu terjumpe cikgo-cikgi lama... seronok aku borak.... lalu bilik disiplin... "erk.. cikgu... nak amik handpone dkt sini ke?" semua dalam bilik usha aku .. then ade cikgu cakap..."sebelah laa bukan sini..."

Aku pon jumpe la.. bilik sebelah...

aku: A'kum cikgu, saya datang nak amik hanpon adek....
cikgu : owh.. dekat bilik lain la.. ni abang sape nie?
aku:fareed... knape..
Cikgu: ini sabtu.... lain kali datang weekdays la... ni sabtu mane office bukak dik..
aku: cikgu.... saya kerja... macam mane nak datang..
Cikgu: kalau macamtu takpayah amik.. akhir tahun je laa....
Aku:????(apehal cikgu nie dahla muke macam haram)
Cikgu: awak pergi pejabat pergi jumpe Pn Roziblablabla

...................................................................................................................
aku berjalan dengan bengangnye ke pejabat... tetibe
"sorry laa.. perempuan mmg macam tu... tak reti cakap baik baik" kata sorang cikgu lelaki ni
aku terus sejuk sikit.... sebaba ade yang paham....

di pejabat

Aku: a'kum cikgu saye nak amik handpone...
Cikgu R: sebenarnye kamu tak boleh amik... cuma ibubapa sahaja yang boleh...
Aku: masalahnye cikgu kena lah pikir tak semua orang ada masa boleh datang..
Cikgu R: kalau macamtu amik phone akhir tahun la.....
Aku: semua orang pon kerja... cikgu kerja saya pon kerja.. tak boleh ke kita senangkan je...
Cikgu R: apa kata awak call pengetua hari isnin..... kalao boleh nanti suruh adek awak amik.. sebab mmg kami tak boleh bagi...
Aku: senang macamni lah cikgu.. susah saya nak contact adek saye kalau ape-ape.. jadi bagi simcard pon jadilah dulu...
Cikgu R: beli lah sim card baru..
Aku: erkkk....(cikgu ni bodo).... takkan asik nak tuka number je cikgu??
Cikgu R: masalahnye memang tak boleh bawak hanpone ke sekolah....
Aku: sigh... saya paham.. tapi cikgu pon kenalah pikir... susah nak contact dia.... mak bapak pon sama.. .... dahla susah nak tahu kalau adik saya merayap kemana-mana...
Cikgu R: tapi kami tetap tak bagi... awak telepon je lah pengetua .. kalau dia bagi....

dalam kedua-dia cerita.. cikgu dia muke takde jernih bersih mesra pelanggan... dia ingat aku bodoh2 ke... dahla muke bwat2 ek macam makcikmakcik... pastu siap pandang2 slack plak tu.. taulaa dulu time aku skola memang aku banyak kali bwat hal segala.. tapi tu kan dah lepas.. yang nak kerek knape.. hish!! (teringat Muaz pangil abang dia yang lawyer datang skola sebab tak puas hati dgn cikgu.... Abg dia datang pakai jubah lawyer n bawak briefcase tu.. CUAK cikgu2.. jadi skema terus!!)

AKU GIV UP.. dan bangun blah terus...

kepada cikgu-cikgu.. jangan bodoh sangat... dengan berlagak dikawasan sekolah....... mengingatkan aku zaman sekolah.. letak hacks kat kereta cikgu yang dilakukan kawan2 waktu puas hati......

Cikgu.. jangan bwat aku pandang rendah dekat korang yang ajar aku.. bodoh sangat ke tak boleh pikir masalah.. jangan nak mengunakan kuasa yang kau ada tu macamlah best sangat.. padahal kau cuma orang biasa macam aku je....

aku tak paham kenape cikgu sekolah aku ni samaa je dari zaman aku.. semua memang perangai tak berubah.. hmmmmmmmmmmmmmm toleransi itu penting.. kau jangan sampai aku pecah cermin kereta kau org dkt lua.....!!!

pasal handpone pon kau nak belagak.... padehal bukan issue sangat.. standard aa bebudak bawak handpone..(walaupon adek aku tak patut bawak sebab umah depan skola) tapi com'on la... "cuma ibu bapa sahaja yang boleh amik hanpone anak2... " dia ta pikir ke.. kadang2 mak bapak pon takda masa nak amik.. dan ade yang mak bapak memang taknak amik...soo bila adek beradik tu datang takkan takdibenarkan? pebende?? gila?? bukanye ape.. SATU DARAH APE !! ish.. bodoh betullah kau orang ni!!

SHIT.. menyirap darah je aku pikirkan bende ni..... sebab aku cuma nak amik hanpone adek aku... dahla kes kecik.. lainaa adek aku kantoi dadah ke... kantoi bawak rokok ke.. bising2 takpe la.. ini.. hanpon.. HELLLO CIKGU2 GET A LIFE!! korang takda kerja ke.. mengajar pon ala kadar sampai aku takpaham2 sght.. nak blagak plak tu.... elok koranng berhenti je laa!!

ps- kemarahan aku cuma pada 2-3-4 org cikgu dkt skola tu je.. bukan semua... jadi sesape pon jangan terasa aaa...

pss- isnin kna call sekolah balik.. membanyakkan kerja la!!!!

Thursday, April 9, 2009

Cerita Bodoh

aku selalu bermain pemainan bodoh didalam bus... kadangkala bercakap sendirian.. kadangkala tersenyum melihat telatah orang yang turun naik dicampur adukkan dengan kelakuan Indonesia dan Bangladesh yang amat mengujakan dan memberi bau yang indah lagi harum semerbak...

permainan aku selalunye mudah sewaktu pergi kerja... aku akan duduk di tepi sambil mengatakan "sape yang duduk sebelah aku itulah bakal isteri aku.. ataupon pasanganku"

NAH!!! selalunya Bangla, Indon Kontrak dan Acik jual Rempeyek yang duduk tepi aku... Namun aku bersabar kerana......

"yang cekal dan sabar pasti akan berjaya"

ps-Today awek duduk sebelah aku.. Masyukkk!! tak dapat abang nak tido! haish.. Mantain!!

Friday, April 3, 2009

Jumaat yang sangat Sewious!!!!


Dikala hari jumaat yang memberi tekanan kepada sesetengah.... saje aku nak post bende bende ini!!!! ia berjaya bagi merelease tension aku.. Thanks Ming-Ming!!!! I've never watch the cartoon but MingMing Membuatkan aku gembira.... SEWIOUS!!!!

ps-This Msg is sooo Sewiossss!!!!

Wednesday, April 1, 2009

Mumble... Bumble.. Jumble.....

Nowstart!!! Brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrppppppppppppppppppppppppp
(the same thing thats done by AF student )


Mulai skarang.. saya Mohd Faizal (pergh macam statement nabil) akan mula bercakap sebijik sebijik seclear-clearnya.. dan akan membuka mulut luas-luas dalam pronounciation English nor Malay..

kadang aku pelik... pabila melihat matsalleh berbual dgn slang yang pelik.. why we still adore the beauty of not understanding it!! dah pelik dan berbelit... bercakap umpana menelan lidah namun tetap kita kata sedap dan suka...... dan bila Indian dan Chinese dengan slangnya... dengan cara shaking head....dengan cakap yang depan ke belakang.... dan yang belakang kedepannya.. ditambah dengan maaaa...ahhh....mehhh....namun tetap kita okie saja....

Mungkin caraku bercakap not as clear as others ...... why cant it be relate to a style or an art of pronouncing words rather then asking me to change it?? the effectiveness of communication is when one side bercakap.. the other side paham... walau bersepah.. walau berpusing.. walau berbelit.. objective tetap...

teringat aku waktu diploma.... lecture Bel 100 pernah cakap "I'll fail your paper..." hehe sebab aku cakap dan dia tak berapa clear.... mumbling... brrrrppppp bbbrrrppp (af).. PMS kot lect itu.. tapi takpe aku lepas dapat "c" hmmmm below my xpectation..(AKU DAPAT "A" SPM TU!!!) heheh masok University downgrade tros!

Fo now... I'll start to speak slowly.. make it more clearer..!!

mungkin juga lebih baik aku bercakap mengunakan hati... tapi aku paham .. perkataan hati lebih sukar difahami...

mungkin patut mula bercakap mengunakan otak... namun otak tidak boleh memberi isyarat ataupun mimik.. hanya mungkin memberi keguguran rambut petanda aku semakin tua..

baik kalau bercakap pakai kaki...... seperti keramaian manusia sekarang... bergadoh tidak berhenti...

kesimpulan... baik aku bercakap mengunakan bahasa isyarat.. kerana tak bersuara.. tak berbeza..takda slang.. SAAAAMAA!!!

Friday, March 27, 2009

3 days to forever

3hari untuk selamanya...
detik detik didalamnya....
berlalu dan untuk diingati..
apa terjadi buat kenangan abadi

masa berlalu...
bagai mimpi...
terwujud perasaan didalam hati....
hasrad untuk memiliki...
tersemat dihati dan kekal disini...

perkara yang biasa berlaku..
perasaan datang dan pergi...

dan....

setengahnya perlu disimpan karena waktu dan keadaan..
meninggalkan kesan dalam diri...
walau diri tiada tertahan..

Meluahkannya....

Perasaan itu indah..
namun bukan kata jawapannya..
hanya kenangan disimpan bagai hadiah
bagi mengingati yang terjadi dengannya...

kadang teringat saat bersama
namun sekarang bukan waktunya...
lewat sudah..
3 hari untuk selamanya...


ini biasa terjadi...setengahnya disimpan bagai rahsia dengan pencipta... hati sakit namun bertahan...rasa lemah namun tetap.....pertemuan di waktu yang salah.. berakhirnya perasaan namun tidak diluahkan..

(nonton 3 hari untuk selamanya...ceritanya yah okie since i love the movie which is plain n yet giving me rooms for imagination and made me belive that atleast that im not the one who face those kinda thing in life... gue tu mungkin dikit menjiwainya.. mengait kisah hidup.. yang dihitung sekian lamanya.. namun pertemuan diwaktu yang salah walau perasaan tetap.. cumain tidak diluahkan...)

perasaan memang begitu umpama yang dinyata... Its now or never.. simple as that... doesn't matter.. Bego kek Jomblo kek.. sama semuanya.. setiap manusia itu ada masanya dan cuma pada masa itu....dan selalunya kita memilih untuk menyimpan dan melepas peluang yang tak mungkin akan datang... Terus tersimpan sebagai rahsia "Dear Diary" yang mungkin akan terbuka satu masa yang tidak pasti...

(*terima kasih Indonesia bagi cerita dan lagu yang asyik........ Nyamannnnnn~)

Monday, March 23, 2009

Semangat- Semangat tahi Ayam??

aku dah lamaa nk start balik..... first time kawan aku Pian membeli guitar Acoustic Santa Cruz 3 tahun lepas kot..... hmmmmm since aku rasa bende itu sangat best!! sambil menjiwang baring atas katil..nyanyi2 buat macam best! lagipun aku muak terlampau banyak masa didepan pc... terlalu banyak masa yang dibasirkan tanpa melakukan apa-apa.. hmmmmm membosankan....!!!

satu waktu dulu.....................

Babah: Jan, nah hadiah hari jadi hang...(this is on my 14 yers old B'day)

Here you are! sebijik gitar kapok kaler kayu!.... hmmmmm.. since that day.. aku pon bermain beriya-iya (rythm je laa since nak melayan perassaaaan..) soo i've learnt chords n all.... after a while.... boleh aaa main.....tetapi keindahan itu lenyap selepas 2 tahun~ "PRAKKKKKKK" hmmmm my friend Muaz selambanya memijak gitar itu ... dan begitulah berakhir cerita gitar dan aku.... berlobang belakang gitar tu.. serius.. yang body diapunya belakang masok kedalam terus.. hmmmphh.. sebab kawan-kawan aku tak marah walau kna tahan telinga dgr syarahan babah..(its happened when i tido rumah dia last time)..............


soo for now.. bagi merialisasikan impian aku... dan menghilangkan bosan tgk pc and all...aku pinjam gitar kengkawan!! dan aku bercita-cita nak angkot satu gitar yang macam ni bile ade duit nanti!!!

ps- Tunggu laa time kerja!! (if theres anyone nak blanje pon saye terima!!)