Melilit diriku dengan tali...
Lalu ku ikat di sebatang dahan yang kukuh...
Walau ku akan hanyut berkali-kali...
Kuharap perinsip dan agama ku tetap utuh...
Kutanam dahan ditepi sungai....
Agar tidak hanyut ke lautan luas..
Ku ikat kemas agar tidak terurai..
Kupegang teguh agar tak lemas di dunia buas..
Kucuba mengawal diri..
Namun ku kalah godaan dunia...
Ku akhirnya kesal sendiri...
Walaupun ia tidak berguna...
Kesedaran hadir didalam diri...
Terbit dari hati yang bertitik hitam..
Kucuba mengubah hidupku berkali-kali..
Namun serunya mungkin masih tak datang.......
Cuba mengubah pendirian..
Menyatukan yang penting dan yg khayalan..
Ianya bagi mengelak diriku dari penyesalan...
Di hari muka atau pengadilan...
Percaturan dunia tidak semuanya mudah terungkai..
Kepingan-kepingan hidup tak segalanya datang sekali..
Ku akan bersabar hingga semuanya sampai...
Kerana ku yakin kebahagian akan hadir padaku PASTI....
--<@ sick @>--
-faizal-
No comments:
Post a Comment