Friday, June 4, 2010

Jihad Mu~

Salam Jumaat,

aku rasakan hari ini.. lain dari yang lainnya... lebih tenang & lebih mudah... mungkin penangan Solat PERDANA STADIUM MALAWATI malam tadi yang dihadiri lebih dari ribuan UMAT islam seluruhnya...

Ketenagan melihat manusia beramai-ramai berdoa dan mengagungkan ALLAH SWT. aku cuma rasa lebih tenang kerana semalam tak perlu nak fikir... baju ini atau itu, kasut apa untuk dipakai, barangan yang perlu dibawa.YANG PENTING CUMA BERBEKALKAN PAKAIAN MENUTUP AURAT,SEMANGAT & KESUNGGUHAN bagi bersama menunjukkan support terhadap event.

Teringat aku cakap seorang kawan, "ISLAM itu senang tidak membeza-bezakan. Tak kesah kaya miskin cukup sekadar jubah kemasjid! cukup dgn kain dan baju melayu."
TAK PERLU BAJU AIGNER, SELUAR ARMANI BELT GUCCI & KASUT FERAGAMO..

meratap gambar-gambar perjuangan mereka dan semangat JIHAd Mereka... Malu aku jadi ISLAM yang sekadar menjadi pengecut LARI DARI BAYANG-BAYANG SENDIRI..

sewaktu sedang asyik menyanyi lagu nasyid skola rendah (zaman skola agama surau) sebak rasanya sebab teringat zaman kecik-kecik. tak tahu mana hilangnya lyric-lyric lagu dari kepala aku yang di isi dgn hiphop/rnb/punk/indie mahupun lagu irama malaysia. Kejap aku tersenyum teringatkan seorang budak gemok yang bajunya kotor berlari-lari main bola tutup botol disekolah agama dulu (aku la tu).
Ustad mula memberi ceramah berkaitan YAHUD dan ISRAELI dgn semangat. aku dgn dgn semangat... disaling dgn jeritan "ALLAHUAKBAR!!!" semangat pemuda2 ABIM dan PAS yang aku lihat dgn megah berbaju hijau berseluar "YENKEE".

Ustad menyentuh JIHAD... dimana WAJIB KAU MENYERAHKAN TENAGA MU DAN DARAHMU JIKA SAUDARA/AGAMAMU MEMERLUKANNYA BAGI JALAN ALLAH SWT. terdiam aku lalu teringat gambar di TV dan paper.

-JIHADMU SAHABATKU, kau juangkan AGAMA & NEGARA mu walau berbekal BATU dan SEMANGAT!!

-JIHADKU CUMA juangan melawan godaan nafsu dari terus terikut sesat dari ajaran agama ku.

-JIHADMU SAHABATKU, BERTEMU PELURU DAN PERISAI BESI DALAM MENGHARUNGI HARI

-JIHADKU CUMA selimut yang ku lawan bagi mengelak waktu subuh pagi

-JIHADMU SAHABATKU MENYABUNG NYAWA HANYA UNTUK MENCARI SESUAP NASI

-JIHADKU pula cuma godaan nafsu makanan yang lazat setiap hari.

BISMILAH

"Wahai Tuhan, Kuhulur tangan yang penuh dengan dosa kehadapmu semoga kau lindungilah SAUDARAKU
Tuhanku, Janganlah kau Hancurkan hati-hati Mereka ini jika bukan Syurga tempat baginya
Tuhan, dengan tangan yang bergelumang dosa ini aku malu mengangkatnya kehadirat mu YA ALLAH, tapi demi sahabat/saudaraku yang ditindas, aku berharap kau berilah KEAMANAN DIHATI MEREKA ."
AMIN

SALAM JIHAD SALAM SELAMAT SALAM JUMAAT!

No comments: