Tuesday, June 15, 2010

Soalan Bocor tapi belum tentu terjawab!

Selalu aku dengar soalan macam ni.. tapi bolehkah aku menjawabnya? Termenung jugak bila memikirkan tantang yang satu ni... sebabnya..

Mata selalu memandang,
Telinga selalu mendengar,
mulut selalu berkata,
dan hati selalu terdetik,
Tapi semuanya jarang pada jalanmu...

Sering aku menghafal.. TAPI TAK LEKAT
Sering aku berkata.. TAPI PELAT
Sering aku baca.. TAPI TAK KUAT

sering Aku dengar..TAPI TAK INGAT
Semua kerana TAKUTKAN NYAWA DIANGKAT


Soalannya mudah tapi belum tentu aku mampu menjawabnya dan selalu aku fikirkan...


apa usaha ku?

Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Tersenyum aku memikirkan indah SYUGAMU ALLAH,
Terkedu aku memikirkan PEMBALASANMU YA ALLAH,
Mengalir air mataku teringatkan Dosa ku Ya ALLAH,

Moga Nanti akan Terjawab persoalan itu~

Salam Jumaat Para Sahabat~

No comments: