Tuesday, August 17, 2010

Senaman pagi!

korang selalu tak mengantuk gile time pagi2 tengah kerja... ye laa korang bertadarus, qiamulaill malam kan!!!! hmm aku tak laa macam korang sebab aku selalu layan tv,bola,kengkawan,online or maybe melepak tak ingat sampai pergi kerja je jadik lemau gile!!! soo bagi yang speciese pegi kerja lemau gile ni!!!!aku nak suggest cara senaman nak ilangkan mengantuk since atleast korang sambil2 buat tu streacth jugak badan ilang sengal2 (kalau korang memang sengal tu aku tak bleh nak buatpa la). meh aku tunjuk syarat2 nak buat senaman ni.. fuuhhh fuhh.. berkoba2 ni!!

Syarat:

hanya boleh dilakukan dari 7pagi hingga 1 petang. berpakaian kemas dan menutup aurat. bersih dari hadas. boleh dilakukan dalam kadar 2,4,6 mahupun 8. TERSERAH.. kalau nak lagi kurus.. buat laa yang tebanyak bagi lebih langsing dan effektif! owh terlupa nama senaman ini Sunat Dhuha!
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Nak lebih best, korang baca doa ni lepas tu.. memang terbaik..

Doa sembahyang Dhuha

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

WOW.. macam buih bro? wa rasa kalau kita try senaman ni hari2 atleast takkan takde sikit pon diterima Allah swt. Walau kurang kusyuk, kurang penghayatan dan bacaan, aku rasa kalau kita start bersenam hari2.. Mesti ade aaaa jugak mendapat. BAIKLAH! MARI kita mulakan!! Insyallah!

4 comments:

billa naha said...

Alhamdulillah.. BoBo buat tak? ;)

Ahmad Bo said...

insyallah...

selamat mencoba

paCat said...

Semasa dengan Padini, berat aku 78kg.

Join samsung, menjadi 74kg.

Dan berkat aku senaman berlari setiap malam, kini berat aku sudah 70kg.

Hebat kan,?

Hahahaha.!!

Ahmad Bo said...

aku faham, tapi konsep senaman aku ni takde laa dapat ilang berat melampau2..

sekadar mengurangkan berat dibahu kiri, ataupon menambah berat dibahu kanan..


SALAM~