Tuesday, September 14, 2010

Beratnya badan!!!

Sebulan puasa , most of us will seriously loose seluar, baju,boxer n need everythings new! hmm tapi sedih bila pikirkan waktu seminggu Syawal, semua benda yang kononnya pakaian raya habis tak boleh dah.. umpama sarung nangka! memalukan dengan lipatan perut dan rekahan kain! sedih melihatkan diri yang dah kononnya kurus melambung naik!

tapi kita lupa, ini bukan pertama kalinya bende begini jadi. kita selalu hidup dalam "DENIAL" dan kononnya kali ini pasti berbeza~ sebenarnye kita akan menyedapkan hati dan merasakan tak salah makan sebab sebulan sahaja puasa~ TAPI KITA NAK TRY HIDUP LAMA... alasan yang diberi selalunya.. "rumah ni menghidangkan makanan yang tidak ada dirumah lain" jadi makan semahunya.. hmmm Open house! segala satey! Soto!Laksa! Spegetti! AYAM! segala ABC/BANDUNGSODA/CARBONATED DRINK! pergh! cun gila! sedap pulak rasa..

Sedarkah kita? Lemang setengah batang, rendang setengah kilo, nasik himpit, kuah lodeh, nasik lemak, meehon dan sebagainya kalau disusun.. mungkin dah nak sebesar kita dah!!.. WOAH! kalau masok quantitinya.. mungkin sebenarnye boleh memenuhi usus dan memenuhi rongga yanga ada dalam diri ini!.. bayangkan makanan itu berusaha memasiki badan! jadi.. jarang kita dengar musim puasa ni orang yang masalah lawas akan masih boleh mengekalkan pembuangan dalam 2-3 hari sekali.. kerana usus tu pon dah tak boleh menampung!

terima kasih Tuhan dengan rezeki mu.. terima kasih kawan,sahabat dan saudara atas makanan hidangan yang mengemukkan ku.. Syukur!

ps- kalau belahak pun bau rendang amacam? kirenye dah paras tekak da makanan ni!

No comments: