Thursday, September 9, 2010

Program Pujaan Sepanjang Ramadhan (v2)

salam Ramadhan, kejap je sebulan puase.... tapi kalau nak tunggu sebulan gaji.. LAMBAT BEBENOR RASANYA! hadoih! pening kepala bila nak pikirkan bende macam ni.. tak tercapai akalku!

okie now im back with my ramadhan program yang buat aku happy dekat rumah.. QALESYA MUSIM BARU! seriously aku akan tengok cerita ni waktu 9.30pm kalau terawikh dkt rumah atau maknanya aku tak pergi... ataupon aku sanggup bgun sahur 5.30am makan sambil tgk tv.. mahupon sambil aku penat pulang kerja menantikan waktu buka 6.30pm.

Punyela timing dia semua memang cantek sangat macam Elfera Roy atau aku pangill timing yang sungguh cun macam NABILA DALLY... menyebabkan aku kena tengok cerita ini. kirenye.. kalau tengok time 9.30pm tu.. macam rasa hilang senak berbuka sambil sandar layan perasaan! (OH NABILA) atau pon sangat menghilangkan mengantuk petang kalau tengok balik kerja.. SERONOK AKU TAK BERJAYA TIDO LEPAS ASAR!! weekkwekkkk sambil menjelir lidah dkt setan yang jahat dibelenggu waktu bulan ramadhan (macam berani sangat).

Basic je cerita ni.. ELFERA ROY sebagai Qalesya yang sangat baik~ sangat baik! hish sejuk hati walau kadang rasa macam nak backhand jugak sebab tak melawan langsung! diaboleh bia si NABILA DALLY melolipopkan dia tanpa belas.. dgn pelat Nabila Dally akan cakap " BUDAK SAMPAH TU" haa.. Nabila ni dalam cerita ini sebagai Shairah. Mak Dia pulak baik gile lembut je, iaitu Dian P.Ramlee yang belajar mengaji dengan Qalesya.

Selain 2 Hot Stuff dalam cerita ni... ada Muhammad (aku tatau nama betul dia sebab aku tak google n stalk lelaki!) seorang budak jahat yang jadi baik.. Okie lakonan memberangsangkan! sangat MACAM GUD GUD JE BUDAK NI! dia ade abah n mak yang JAUH SANGAT dari jalan yang lurus..

Watak lawak dalam cerita ni... ade Cikgu skola lelaki yang semangat gile! suka cakap sambil point finger dekat dada sendiri siap ade sound effect kalau dia buat.. Dengan ade cikgu perempuan yang selalu interframe takpasal-pasal sampai aku takpaham motif 2 orang ni! Selain tu ade 2 budak konon taiko sekolah dan si gagap yang sengap!

Dalam banyak bende lawak... Yang paling lawak ialah budak lelaki kawan baik Mamat!

ASALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABAAARAKATU!!!!!

-Selamat tinggal ramadhan- selamat datang AIDIL FITRI-

No comments: